Jumat, 14 Maret 2014


  •  Ogos 19 2013
 
Dua anggota pasukan petugas nasional yang menyiasat aduan penderaan seksual terhadap wanita Penan di Sarawak mengalu-alukan ikrar menteri persekutuan untuk bertemu mereka bagi menyemak semula situasi semasa.

Wakil Womens Aid Organisation (WAO) dan Womens Centre for Change (WCC) mencadangkan supaya kembali kepada tumpuan untuk melaksanakan dasar yang dicadangkan pasukan petugas itu.

womens aid organisation pc censored anti rape campaign 130109 ivy josiahPengarah Eksekutif Ivy Josiah (kiri) berkata, beliau sedang menunggu peluang untuk bertemu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rohani Abdul Karim.

Menteri itu sebelum ini berkata mahukan maklumat daripada sumber pertama berhubung kemajuan pelaksanaannnya.

"Baguslah beliau mahu mengumpulkan anggota pasukan petugas bersama-sama untuk penilaian semula.

"Mereka (kerajaan) tidak patut biarkan (laporan kami) duduk dalam rak dan berhabuk," katanya.

Malaysiakini

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!