Jumat, 07 Maret 2014


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mungkin antara orang yang paling bengang dengan kekalahan pasukan tersebut kepada Manchester United Ahad lalu, namun seorang penyokong Arsenal di Uganda lebih merana lagi dengan keputusan perlawanan itu.

Begitu pun, silap terletak di bahu penyokong terbabit juga, Henry Dhabasani apabila dia memutuskan untuk mempertaruhkan rumahnya bagi keputusan perlawanan dengan kawannya yang merupakan penyokong Manchester United, Rashid Yiga.

Jika Dhabasani mempertaruhkan rumah, Yiga pula sanggup melepaskan kereta baru dan isterinya jika Arsenal menang.

Pertaruhan mereka ini bukan main-main apabila dibuat secara bertulis di depan pemimpin tempatan dan beberapa orang sebagai saksi.

Dilaporkan, Dhabasani yang mempunyai tiga isteri dan lima anak, pengsan di akhir siaran langsung perlawanan sebaik menyedari kekalahannya.

Akibat tindakan bodoh, dia dan keluarga diusir dari rumah oleh Yiga dan beberapa penyokong Manchester United, Isnin lalu. – REM RAMZI 

Sumber: METRO UK

Kamis, 06 Maret 2014



Siapa sangka, seekor unta mampu dilatih untuk meminta sedekah. Di China, segalanya tidak mustahil berlaku. Hahaha ;3





Pelik!! Unta sarkis manalah yang mereka pinjam? Hahaha :3

Rabu, 05 Maret 2014

KERENGGA 

TKOOffline
Satu lagi pembunuhan kejam....siapa pembunuhnya? Mayat petugas PKR bagi Parlimet Tapah ditemui terapung dalam lombong di kawasan Perindustrian Bemban, kelmarin......

"Lokasi kejadian adalah lombong terbiar di belakang kawasan perindustrian dan jauh dari kediaman penduduk.

"Ketika ditemui, mayat itu hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Setelah diangkat ke atas tebing, kita dapati badan mayat berkenaan diikat dengan satu bongkah besi yang dijadikan pemberat untuk menenggelamkannya,"

Pemeriksaan awal yang dilakukan oleh doktor patologi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di tempat kejadian telah menemui beberapa kesan pukulan di kepala mayat dan mangsa dipercayai telah mati lebih kurang lima hari.

MESTERI BARU..
PILIHAN RAYA PALING KOTOR!!!
...
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
-tranungkite-

Selasa, 04 Maret 2014






Bukan rahsia lagi, Ustaz Kazim Elias dianggap pro kerajaan bagi penyokong pembangkang.

Dia juga diketahui gemar berlucu ketika menyampaikan ceramah. Caranya itu turut dibawa dalam status-status yang dimuatnaik di laman Facebook beliau.

Justeru apabila dikritik kerana hal ini, Ustaz Kazim memberikan penjelasan bahawa itulah cara beliau menghiburkan orang dan hati sendiri selagi dibenarkan syarak.

Lagipun katanya, ada ‘ustaz deme’ yang juga suka berkuliah gurau namun mereka boleh pula ketawa berdekah-dekah – kemungkinan besar merujuk kepada seorang ustaz popular yang pro pembangkang.




Sememangnya tidak mudah apabila sudah dilabelkan sebagai penyokong pihak tertentu.

Kadangkala, ada antara pengikut laman Facebook Ustaz Kazim dapat dilihat sengaja melontarkan soalan yang memerli pihak pemerintah untuk meihat bagaimana jawapan Ustaz Kazim.

Namun beliau biasanya menangkis soalan mereka dengan jawapan yang juga mampu membuatkan pihak yang bertanya terdiam dan berfikir sejenak.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

Sebagai contoh apabila ditanya sama ada hukum mengundi pemimpin rasuah makruh atau haram; Ustaz Kazim menyatakan hukumnya samalah seperti mengundi pemimpin yang menyokong lgbt, liberalisme, plurisme dan syiah. - REM RAMZI  

Senin, 03 Maret 2014




Entah apa yang terjadi pada dunia ini. Semakin tua usia dunia semakin aneh-aneh perangai penghuninya. Di Negara Jepun ketika ini sedang trend dengan ibu hamil yang pergi ke studio photo untuk diambil gambarnya dalam keadaan telanjang. Tapi bukan bererti mereka pergi ke tempat studio photo untuk pengambilan gambar porno, melainkan untuk mengabadikan momen disaat mereka masih mengandung bayi sebelum melahirkan.Trend ini sangat menjadi kegilaan di Jepun, para ibu muda khususnya wanita yang pertama kali mengandung ingin mengabadikan bagaimana bentuk tubuhnya ketika masa kehamilan.

Trend ini dimulai ketika penyanyi pop kenamaan Jepun “Hitomi” yang melancarkan album terbarunya dengan sampul dirinya hamil tanpa mengenakan pakaian. Gambar sampul album tersebut dipasang pada papan billboard yang terletak di lokasi ramai dengan pejalan kaki. Gambar album tersebut mampu menarik perhatian dan dalam satu minggu laku 10,000 keping album cdnya.

Kumiko Yoda, seorang ibu yang baru melahirkan anak pertamanya, mengakui bahawa dirinya juga melakukan pengambilan gambar telanjang. Ini semua ajakan kawannya yang juga pernah ibuat ganbar telanjang ini.

Dia pada mulanya ragu akan hal tersebut, tapi kerana dalam hatinya ingin mengabadikan momen tubuhnya ketika masih hamil, dia ikut serta untuk pemotretan.Pada mulanya dia hanya ingin di foto bahagian perutnya saja, tapi kerana diyakinkan oleh studio photo “Ixchel” dia pun menerima untuk di photo tanpa pakaian.

Ixchel adalah tempat studio photo terkenal di Tokyo yang melayani pemotretan ibu hamil. Natsuko Takada, pemilik Ixchel mengatakan bahawa dalam satu bulan dia  menerima 10 ibu hamil yang ingin di foto tanpa pakaian bahkan pernah sampai 70 ibu hamil. Bagi para ibu hamil yang ingin diabadikan fotonya, mereka harus mengeluarkan kos sebanyak 35,000 yen atau $368.2, untuk pemotretan yang dilakukan kurang daripada 2 jam.

Minggu, 02 Maret 2014

Sabtu, 01 Maret 2014


Malaysiakini  Apr 1 2013 
DAP akan meletakkan Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz - yang pernah menjadi orang kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - sebagai calon bagi kerusi Parlimen Raub.

NONEIa diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu ceramah parti itu di Raub petang ini.

Mohd Ariff pernah menjadi ADUN Pulau Manis antara tahun 2004 hingga 2008. Dari 2000 hingga 2004 beliau menjadi ketua penerangan Umno bahagian Pekan Umno yang masih diketuai oleh Najib.
Lebih dikenali dengan nama blog Sakmongkol AK47, Mohd Ariff telah menjadi blogger politik yang aktif dan kerap pengkritik pentadbiran Najib.

Beliau menyertai DAP pada Januari 2012, bersama dengan ahli veteran Umno, Aspan Alias.

Raub adalah kerusi majoriti pengundi Melayu yang kini diwakili Naib Presiden MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen, yang menang dengan majoriti 2,752 undi. Memandangkan majoriti itu hanya 8.2 peratus daripada jumlah pengundian, maka Raub disenaraikan sebagai antara kerusi goyah BN.

bentong ge storySementara itu, Lim juga mengumumkan bahawa DAP memilih Tengku
Zulpuri Shah Raja Puji, seorang kerabat diraja Pahang, sebagai calonnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Mentakab.

Tengku Zulpuri adalah seorang jurutera elektronik dan ahli perniagaan. Beliau menyertai DAP pada tahun 2000 dan kemudiannya dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Selayang.

Mentakab merupakan satu lagi kerusi majoriti pengundi Melayu yang kini diwakili Chuah Boon Siong dari MCA, yang memenangi dengan majoriti 2,439 undi majoriti, untuk menewaskan lawannya dari DAP.

Bersama dengan Zairil Khir Johari, kini sah DAP akan membariskan sekurang-kurangnya tiga ahli Melayu yang dilihat menonjol untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!