Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Maret 2014


Malaysiakini  Apr 1 2013 
DAP akan meletakkan Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz - yang pernah menjadi orang kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - sebagai calon bagi kerusi Parlimen Raub.

NONEIa diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu ceramah parti itu di Raub petang ini.

Mohd Ariff pernah menjadi ADUN Pulau Manis antara tahun 2004 hingga 2008. Dari 2000 hingga 2004 beliau menjadi ketua penerangan Umno bahagian Pekan Umno yang masih diketuai oleh Najib.
Lebih dikenali dengan nama blog Sakmongkol AK47, Mohd Ariff telah menjadi blogger politik yang aktif dan kerap pengkritik pentadbiran Najib.

Beliau menyertai DAP pada Januari 2012, bersama dengan ahli veteran Umno, Aspan Alias.

Raub adalah kerusi majoriti pengundi Melayu yang kini diwakili Naib Presiden MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen, yang menang dengan majoriti 2,752 undi. Memandangkan majoriti itu hanya 8.2 peratus daripada jumlah pengundian, maka Raub disenaraikan sebagai antara kerusi goyah BN.

bentong ge storySementara itu, Lim juga mengumumkan bahawa DAP memilih Tengku
Zulpuri Shah Raja Puji, seorang kerabat diraja Pahang, sebagai calonnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Mentakab.

Tengku Zulpuri adalah seorang jurutera elektronik dan ahli perniagaan. Beliau menyertai DAP pada tahun 2000 dan kemudiannya dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Selayang.

Mentakab merupakan satu lagi kerusi majoriti pengundi Melayu yang kini diwakili Chuah Boon Siong dari MCA, yang memenangi dengan majoriti 2,439 undi majoriti, untuk menewaskan lawannya dari DAP.

Bersama dengan Zairil Khir Johari, kini sah DAP akan membariskan sekurang-kurangnya tiga ahli Melayu yang dilihat menonjol untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Jumat, 20 Desember 2013

Harakahdaily

Abdul Aziz Mustafa, 13 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Jika wang RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul, mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut mendedahkan siapa penyumbangnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, Najib mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu.

Bagi Mahfuz, antara persoalan utama berhubung sumbangan RM40 juta itu bukan sahaja siapa penyumbangnya tetapi mengapa ia disumbangkan.

"Tidak ada siapa percaya si penyumbang memberikan sumbangan kepada parti pemerintah dengan percuma begitu sahaja.

"Kalau penyumbangnya orang berniaga, semua tindakan perniagaan dibuat berdasarkan untung dan rugi sebab ia bukan badan kebajikan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil mempersoalkan keuntungan apa yang diharapkan oleh si peniaga tersebut dalam memberiikan sumbangan sebesar itu.

Sebab itulah, kata Mahfuz, isu utama berhubung sumbangan RM40 juta itu ialah kedudukan pihak yang menerima sumbangan dan pihak yang memberikan sumbangan.

"Yang menerima sumbangan ialah parti pemerintah dan tidak ada siapa pun yang percaya ia diberikan tanpa sebarang kepentingan," kata beliau.

Apa yang berlaku itu juga membuktikan penguatkuasaaan undang-undang di negara ini dibuat secara double standard dan berpilih-pilih, kata Mahfuz.

"Kalau pihak yang kerajaan Umno BN tidak suka, sudah pasti dibongkar dan diburu habis-habisan seperti yang berlaku kepada Suaram sekarang.

"Umno bukan sahaja terima wang dari luar negara malah RM40 juta itu diseludup, tetapi menteri kata dalam Parlimen kononnya tidak ada unsur rasuah," katanya.

Dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, "tidak ada unsur rasuah dibuktikan" di dalam kes itu.

Mahfuz juga mengecam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menimbulkan kecurigaan besar berhubung siasatannya terhadap penyeludupan wang RM40 juta itu.

Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.

Bagaimanapun, SPRM membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!