Tampilkan postingan dengan label siapa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label siapa. Tampilkan semua postingan

Minggu, 23 Februari 2014


KUALA LUMPUR – Ayahanda kepada Black, Md Hanafiah Che Din, 59, telah melahirkan rasa marah dan kecewa pada majlis pengumuman tarikh pernikahan pelantun lagu Teman Pengganti di Zebra Square, Ampang, petang semalam.

Bagaimanapun, luahan rasa tersebut bukanlah ditujukan buat anaknya Black. Sebaliknya, rasa kekecewaan itu terbit apabila sebaik saja dia memperkatakan tentang isu wang anaknya yang berjumlah RM30,000 telah dilesapkan oleh seorang perancang perkahwinan pada saat anaknya itu bakal menikahi tunangnya iaitu Naquia Yasirah Mohd Khairi pada 13 September ini.

“Bohonglah kalau sebagai bapa, saya tidak marah. Sejujurnya, saya memang marah dan kecewa dengan kes penipuan tersebut. Sungguhpun begitu, saya tidaklah berikan hak sepenuhnya kepada orang lain untuk menguruskan perkahwinan anak saya.

“Saya masih lagi mengambil berat tentang majlis penting buat anak saya. Pembohonglah kalau kata saya tak marah. Saya memang sangat kecewa,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai isu penipuan tersebut, selaku ayah, Hanafiah sering menasihati anaknya.

“Saya selalu nasihat kepadanya. Alhamdulillah, Black seorang anak yang dengar kata. Dia selalu mengikut nasihat saya. Mungkin apa yang berlaku adalah disebabkan isu terlepas pandang. Kalau boleh saya tidak mahu hal seumpama ini berlaku lagi.

“Saya mahukan yang terbaik untuk anak saya,” katanya.

Dalam pada itu, Hanafiah tidak menyorok rasa gembira sebaik saja anaknya itu ingin menamatkan zaman bujangnya dalam tahun ini.

“Saya seronok mendengarnya anak saya mahu kahwin. Kalau dia terus membujang pun, akan ada masalah juga. Jadi, saya senang hati dengan keputusan ini. Sejujurnya, saya lebih suka menguruskan sendiri majlis perkahwinan Black. Sebabnya saya ini orang kampung. Sebab itu kami akan buat majlis untuk orang kampung pada 15 September di Padang PPR Kerinchi.

“Oleh sebab anak saya telah dijaga oleh pihak pengurusan, saya ikut saja mana yang baik untuk anak saya. Untuk majlis di rumah kami, saya anggarkan jemputan sebanyak 10,000 orang,” jelasnya. – Muraia

Rabu, 12 Februari 2014

CIRI-CIRI YANG ADA PADA TUBUH BADAN DSAI

Written By canang on Selasa, 25 Disember 2012  

Datuk Seri Anwar Ibrahim terbukti seorang negarawan genius, berani dan berakhlak tinggi....setakat ini belum ada seorang pun dalam UMNO sama ada pemimpin kini maupun yang bekas-bekas boleh menghampiri kemampuan beliau..Wajar amat dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke-7 selepas PRU 13 nanti..Negara dan rakyat akan kerugian besar jika peluang keemasan ini dipersia-siakan.

Kalau nak pilih tempat bermandi.. pertama teluk kedua pantai ketiga perigi....Kalau nak pilih pemimpin... pertama elok, kedua pandai ketiga berani... .


Jumat, 20 Desember 2013

Harakahdaily

Abdul Aziz Mustafa, 13 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Jika wang RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul, mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut mendedahkan siapa penyumbangnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, Najib mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu.

Bagi Mahfuz, antara persoalan utama berhubung sumbangan RM40 juta itu bukan sahaja siapa penyumbangnya tetapi mengapa ia disumbangkan.

"Tidak ada siapa percaya si penyumbang memberikan sumbangan kepada parti pemerintah dengan percuma begitu sahaja.

"Kalau penyumbangnya orang berniaga, semua tindakan perniagaan dibuat berdasarkan untung dan rugi sebab ia bukan badan kebajikan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil mempersoalkan keuntungan apa yang diharapkan oleh si peniaga tersebut dalam memberiikan sumbangan sebesar itu.

Sebab itulah, kata Mahfuz, isu utama berhubung sumbangan RM40 juta itu ialah kedudukan pihak yang menerima sumbangan dan pihak yang memberikan sumbangan.

"Yang menerima sumbangan ialah parti pemerintah dan tidak ada siapa pun yang percaya ia diberikan tanpa sebarang kepentingan," kata beliau.

Apa yang berlaku itu juga membuktikan penguatkuasaaan undang-undang di negara ini dibuat secara double standard dan berpilih-pilih, kata Mahfuz.

"Kalau pihak yang kerajaan Umno BN tidak suka, sudah pasti dibongkar dan diburu habis-habisan seperti yang berlaku kepada Suaram sekarang.

"Umno bukan sahaja terima wang dari luar negara malah RM40 juta itu diseludup, tetapi menteri kata dalam Parlimen kononnya tidak ada unsur rasuah," katanya.

Dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, "tidak ada unsur rasuah dibuktikan" di dalam kes itu.

Mahfuz juga mengecam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menimbulkan kecurigaan besar berhubung siasatannya terhadap penyeludupan wang RM40 juta itu.

Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.

Bagaimanapun, SPRM membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!