Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 Maret 2014

Gambar - Wanita Bakar Diri Kena Cerai Talak 3 | Kerana tertekan dengan masalah rumah tangga yang sering dihadapi tambahan pula diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong, kelmarin.
Gambar - Wanita Bakar Diri Kena Cerai Talak 3 | Kerana tertekan dengan masalah rumah tangga yang sering dihadapi tambahan pula diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong
Gambar ihsan google
Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai penjawat awam itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbakar hampir 80 peratus.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah bekas suaminya sebelum berlaku pertengkaran mulut akibat tidak berpuas hati apabila diceraikan dengan talak tiga.

“Pasangan berkenaan dikatakan sering bergaduh menyebabkan bekas suami wanita itu menceraikannya dengan talak tiga kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta wanita itu yang menuduh bekas suaminya mempunyai hubungan sulit,” katanya.

Difahamkan, pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin dan ia perkahwinan kedua wanita berkenaan.

Menurut sumber, selepas berlaku perang mulut, wanita berkenaan meninggalkan rumah itu dengan memandu kereta.

“Bagaimanapun, kira-kira 10 minit kemudian, wanita itu datang semula ke rumah berkenaan dengan membawa sebotol petrol lalu dicurahkan ke badannya ketika masih berada dalam kereta.

“Bekas suaminya cuba menghalang perbuatan itu, namun gagal sebelum wanita itu terlebih dulu menyalakan pemetik api menyebabkan api terus menyambar seluruh badannya,” katanya.

Katanya, bekas suaminya cuba menyelamatkan wanita itu tetapi gagal sebelum pantas memeluk badan bekas isterinya dalam usaha memadamkan api, bekas suaminya turut melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun beliau sempat menghantar bekas isterinya ke hospital..

Difahamkan, wanita berkenaan dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang manakala bekas suaminya pula menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.


sumber:

Senin, 03 Maret 2014




Entah apa yang terjadi pada dunia ini. Semakin tua usia dunia semakin aneh-aneh perangai penghuninya. Di Negara Jepun ketika ini sedang trend dengan ibu hamil yang pergi ke studio photo untuk diambil gambarnya dalam keadaan telanjang. Tapi bukan bererti mereka pergi ke tempat studio photo untuk pengambilan gambar porno, melainkan untuk mengabadikan momen disaat mereka masih mengandung bayi sebelum melahirkan.Trend ini sangat menjadi kegilaan di Jepun, para ibu muda khususnya wanita yang pertama kali mengandung ingin mengabadikan bagaimana bentuk tubuhnya ketika masa kehamilan.

Trend ini dimulai ketika penyanyi pop kenamaan Jepun “Hitomi” yang melancarkan album terbarunya dengan sampul dirinya hamil tanpa mengenakan pakaian. Gambar sampul album tersebut dipasang pada papan billboard yang terletak di lokasi ramai dengan pejalan kaki. Gambar album tersebut mampu menarik perhatian dan dalam satu minggu laku 10,000 keping album cdnya.

Kumiko Yoda, seorang ibu yang baru melahirkan anak pertamanya, mengakui bahawa dirinya juga melakukan pengambilan gambar telanjang. Ini semua ajakan kawannya yang juga pernah ibuat ganbar telanjang ini.

Dia pada mulanya ragu akan hal tersebut, tapi kerana dalam hatinya ingin mengabadikan momen tubuhnya ketika masih hamil, dia ikut serta untuk pemotretan.Pada mulanya dia hanya ingin di foto bahagian perutnya saja, tapi kerana diyakinkan oleh studio photo “Ixchel” dia pun menerima untuk di photo tanpa pakaian.

Ixchel adalah tempat studio photo terkenal di Tokyo yang melayani pemotretan ibu hamil. Natsuko Takada, pemilik Ixchel mengatakan bahawa dalam satu bulan dia  menerima 10 ibu hamil yang ingin di foto tanpa pakaian bahkan pernah sampai 70 ibu hamil. Bagi para ibu hamil yang ingin diabadikan fotonya, mereka harus mengeluarkan kos sebanyak 35,000 yen atau $368.2, untuk pemotretan yang dilakukan kurang daripada 2 jam.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!