Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan

Senin, 24 Februari 2014

Ketika Kelly Graves harus mengalami kelahiran yang tiba-tiba, dia sedikit khuatir kerana orang yang boleh dia harapkan hanyalah anaknya yang masih berumur 5 tahun, Joby.

Tapi anak ini membuktikan bahawa dia dapat menggantikan seorang bidan dengan menolong kelahiran adik laki-lakinya dengan selamat.

Setelah menolong ibunya melahirkan bahkan Joby meminta pertolongan dan  membawakan handuk kepada bayi tersebut. Joby juga telah bertinjauan menolong adik kecilnya, Harley Jae, yang tidak dapat bernafas kerana terlilit tali pusat. Dia dengan cermat menguraikan tali pusat itu sehingga kemudian ibunya memberikan nafas buatan kepada Harley.



Kelly (kiri), Harley (tengah), dan Joby (kanan)

Nyonya Graves menggelarkan anaknya dengan sebutan ‘superhero kecil’ kerana keberaniannya dan kecepatannya berfikir di bawah tekanan.

Nyonya Graves mengatakan: "Saya benar-benar percaya Joby membantu menyelamatkan hidup Harley. Jika ia tidak menguraikan tali pusat dari lehernya, saya harus mencuba untuk melakukannya sendiri dan kita akan kehilangan waktu yang berharga.

Harley tersedak dan Joby tahu apa yang harus dilakukan. Aku sangat bangga padanya, dia sangat tenang dan dapat menguasai diri. Dia benar-benar fantastik dan saya benar-benar meremehkan dia. "

Kelly menggambarkan bagaimana sebelum kehamilannya, Joby bersemangat akan bertemu saudara barunya jadi tidak mengherankan bahawa dia sangat membantu ketika saatnya tiba baginya untuk mendapatkan adik barunya.



Joby dan adik barunya

Dia berkata: "Dia bersama saya membeli semua pakaian dan peralatan bayi. dia juga bersama dengan saya ketika melakukan semua scan. Dia begitu bersemangat ketika tahu bahawa ia akan memperoleh adik laki-laki dan dia memberikan nama Harley.

"Dia pembantu kecil saya di rumah dan setiap kali saya mengalami stress, dia akan berkata," Tenang, Mama. Fikirkan bayi. "

Kelly merasa kontraksi pertamanya pada Selasa, 8 Mei setelah pesta dengan salah satu teman Joby di pusat permainan anak-anak setempat.

Ketika kembali ke rumah ayah tiri Kelly David Gledhill, dia merasa kontraksi pertamanya dan terus berlanjut setiap 10 minit.

Kelly menceritakan kepada ibunya, Sue, 48, bahawa kontraksi telah dimulai, Daud membawa Kelly ke rumah untuk mengganti pakaian sementara ibunya mengumpulkan barang-barangnya dari rumahnya sendiri di dekatnya.

Rencananya adalah David, untuk menjemput semua orang dan  pergi ke rumah sakit kemudian pulang dengan Joby untuk menunggu berita tentang kelahiran.



Bidan Kecil

Pada saat itu, kata Kelly, tidak ada yang khuatir kerana rumah sakit telah mengatakan bahawa mereka punya banyak waktu.

Kelly mengatakan: "Ketika saya sedang berbicara dengan jururawat melalui telepon, kontraksi saya melompat dari setiap 10 minit menjadi setiap enam minit, tapi dia bilang tidak perlu khuatir dan cuba menelepon kembali dalam satu jam.

"Joby harus mandi dan  saya juga, tapi ketika ayah tiriku mulai memakaikan piyama kepada Joby, saya merasa ketuban saya pecah di tangga. Saya katakan pada ayah untuk bergegas dan memanggil ibu saya, yang tinggal di ujung jalan, dan untuk kembali secepat yang dia boleh. "

Merasa seperti ingin ke toilet, Kelly pergi ke kamar mandi. Tapi saat melihat perdarahan ia panik dan memanggil Joby.

Dalam sekejap, Joby datang pada ibunya dan Kelly meminta Joby untuk menunggu ibunya dan menjemputnya.

Tapi kemudian tiba-tiba Kelly memegang anak yang baru lahir di tangannya.



Harley di pangkuan abang penyelamatnya

Kelly mengatakan: "Joby menghibur sepanjang waktu dan mengambil handuk untuk membungkus bayi.

Kemudian orang tuanya datang dengan paramedic.

Pada usia Joby yang lima tahun ia mampu membantu ibunya punya bayi dan kemudian dengan cekatan membantu menyelamatkan adiknya sangat luar biasa. Sebenarnya Joby memiliki bakat untuk menjadi bidan, tetapi ketika ibunya bertanya apakah ia ingin menjadi bidan dia mengatakan ‘tidak’ kerana ia ingin menjadi polis . [hds/dailymail]
sumber

Rabu, 18 Desember 2013


SABTU, 26 MEI 2012





IPOH: -“Pekerja dijanjikan habuan lumayan seperti sebuah banglo atau kereta bernilai bawah RM100,000 jika berjaya menunjukkan prestasi cemerlang ketika bekerja,” kata Ahmad, 35, yang mendakwa ditipu seorang artis tanah air apabila tidak dibayar gaji dan imbuhan lebih RM10,000.

Berpengalaman lebih lima tahun dalam pengurusan acara, Ahmad berkata, dia antara 10 mangsa pelakon lelaki berkenaan yang membintangi sebuah siri drama komedi popular di stesen televisyen tempatan.

Menurutnya, sejak bekerja dengan artis itu Disember tahun lalu, dia kerap ditipu dengan pelbagai janji palsu, namun sikap profesional terhadap kerja membuatkan dia masih bersabar walaupun gaji dijanjikan belum dibayar sehingga kini.

“Kalau diikutkan, saya bekerja dengan syarikat milik artis itu untuk menjayakan satu festival di Taiping, awal Mac lalu. Namun, beberapa hari sebelum program bermula, saya diberhentikan kerja tanpa alasan munasabah.

“Sepatutnya artis itu atau wakil syarikat berbincang dengan saya terlebih dulu dan menyelesaikan beberapa perkara dijanjikan seperti keuntungan yang hendak diagihkan, termasuk gaji melebihi RM10,000,” katanya ketika ditemui di sini.

“Selain tidak membayar gaji pekerja, beberapa program dijanjikan seperti konsert membabitkan artis terkemuka tanah air juga tidak ditunaikan,” katanya.

Dia mendakwa, beberapa program lain yang diadakan sempena festival itu seperti pertandingan memancing turut berdepan masalah apabila penganjur langsung tidak menyerahkan hadiah kepada pemenang.

Lebih memburukkan keadaan, seorang rakannya yang membekalkan makanan secara katering untuk program itu turut menjadi mangsa apabila terpaksa melunaskan sendiri kos keseluruhan bernilai RM56,000.

Menurut Ahmad, dia membuat aduan kepada Pejabat Tenaga Kerja Perak dan agensi itu akan membuat susulan dengan artis berkenaan dalam masa terdekat.

Katanya, sebelum ini Pejabat Tenaga Kerja Perak memanggil artis terbabit untuk memberi keterangan, namun difahamkan dia gagal hadir.

“Saya harap kes ini mendapat pertimbangan sewajarnya kerana saya tidak mahu perkara sama berulang kepada orang lain. Ada antara mereka baru merasai suasana bekerja dan sudah tentu mereka mahu merasa wang gaji daripada hasil titik peluh sendiri.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!